Objektif & Peranan
- Memastikan objektif Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM), ILP Sandakan tercapai dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan seperti perpustakaan serta kemudahan ICT & Multimedia bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa.
Skop Tugas
- Mengurus peminjaman dan pemulangan bahan bacaan.
- Mengurus dan memantau perolehan bahan bacaan.
- Mengendalikan penyelenggaraan infrastruktur & sistem ICT.
- Mengurus harta modal dan inventori.
- Operasi penyelenggaraan berjadual peralatan ICT di makmal/pejabat/bilik server.
- Merancang dan melaksanakan Kursus Customized/Modular untuk meningkatkan kemahiran celik ICT di kalangan kakitangan institut.