Dalam kursus ini, pelajar-pelajar akan didedahkan dan dilatih dengan pelbagai proses kimpalan yang mengambilkira ciri-ciri keselamatan semasa proses kimpalan dijalankan. Pelajar juga didedahkan dengan pelbagai kaedah pemotongan logam serta membuat kimpalan ke atas logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol kimpalan dan lukisan cetakan biru (blue print), menguji sambungan kimpalan dengan pelbagai cara seperti membedah, membengkok dan merenggang logam serta dapat mengenal pasti jenis kecacatan proses kimpalan.