Pengenalan

Bidang latihan kemahiran Teknologi Komputer (Rangkaian) di ILP Sandakan menawarkan kursus selama 1 tahun 6 bulan. Tempoh latihan dibahagikan kepada tiga (3) sesi di setiap 6 bulan bermula daripada semester 1 sehingga semester 3. Pelatih yang berjaya menamatkan latihan di bidang ini akan dianugerahi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dan Sijil Juruteknik Perindustrian. Kursus kemahiran ini dijalankan berteraskan 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori.

Objektif

Objektif kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bermula di peringkat perancangan sehingga perlaksanaan membina sesebuah sistem rangkaian komputer. Skop latihan merangkumi kerja-kerja pemasangan perkakasan dan perisian, konfigurasi dan pengujian sistem yang telah dipasang, penyelenggaraan dan troubleshooting sistem rangkaian yang bermasalah dan menaiktaraf perkakasan sistem rangkaian mengikut keperluan. Para pelajar juga akan didedahkan dengan sistem dokumentasi rangkaian dan keselamatan sistem komputer dan rangkaian. Silibus terkini juga menghendaki pelajar didedahkan dengan konfigurasi peranti mudah alih (mobile devices) atau telefon pintar yang disetup ke sistem rangkaian. Pelbagai kemudahan seperti bilik amali, bilik kuliah, makmal komputer serta persekitaran bengkel yang selesa disediakan bagi memudahkan para pelajar menjalankan pembelajaran teori dan amali dalam suasana yang kondusif.

Prospek Kerjaya

Pelajar lepasan sijil kemahiran kursus ini mempunyai peluang kerjaya dalam pelbagai sektor perindustrian, pendidikan, telekomunikasi , agensi kerajaan serta industri kecil dan sederhana. Mereka boleh berkhidmat di pelbagai organisasi sebagai Juruteknik Komputer, Juruteknik Teknologi Maklumat, Juruteknik Sistem Rangkaian, Kontraktor Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Rangkaian, Jurujual di Pusat Jualan Perkakasan Komputer & Rangkaian, Pegawai Khidmat Pelanggan, Freelancer, Pengajar ataupun Tutor di pusat latihan kemahiran dan banyak lagi cabang industri atau organisasi yang pastinya menggunakan aplikasi teknologi komputer dan rangkaian di organisasi masing-masing.

Bengkel TKR

Pegawai &Kakitangan

Nurzharfan
Bin Rafei Bui

KETUA BAHAGIAN

Syed Mohd Yusri
Bin Syed Yusoff

PENSYARAH

Muhammad Hifzan
Bin Salimun

PENSYARAH

Adiniah Binti Muhamad Radzai

PENSYARAH