Pengenalan

Kursus ini diadakan bagi melatih para pelajar menjadi seorang juruteknik yang mahir dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara. Pelajar-pelajar dilatih untuk menguasai dan mahir dalam kerja-kerja pemasangan, peyelenggaraan dan baikpulih sesebuah sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara domestik dan komersil mengikut standard yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, pelajar juga didedahkan dengan sistem penyamanan udara jenis pisah dan berpusat yang menggunakan sistem sejuk angina ( air cooled system) dan sejuk air (water cooled system) serta penyamanan udara kenderaan komersil. Dalam kursus ini juga pelajar-pelajar akan menjalankan aktiviti penyambungan sistem paip penyejukkan , menganalisa teknik-teknik rawatan elektrikal dan mekanikal serta memilih jenis-jenis penyaman udara mengikut keperluan. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3.

Objektif

1) Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi berkonsepkan pembelajaran dan latihan di peringkat sijil adalah berteraskan kepada kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% adalah pembelajaran teori.
2) Melahirkan tenaga pekerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
3) Meningkatkan kemahiran pekerja industri ke arah pembangunan negara.
4) Memudahkan para lepasan sekolah memperolehi pekerjaan dengan berbekalkan kemahiran perindustrian yang sistematik.

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan kepada lepasan kursus ini adalah amat menggalakkan. Penggunaan dan pengawasan alat-alat penyejukbekuan dan penyamanan udara sangat meluas. Penggunaannya terdapat di bangunan domestik dan perdagangan seperti pejabat, hotel, hospital, bank dan industri pembuatan makanan serta keperluan industri automobil. Selain itu, pelajar juga boleh menyambung latihan ke tahap 4 (DKM) atau mengambil diploma di pusat-pusat latihan Jabatan Tenaga manusia. Pelajar-pelajar lepasan kursus ini layak untuk menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur-Malaysian France Institute (UniKL-MFI).

Bengkel TPPU

Pegawai &Kakitangan

Mohd Hakimin
Mohd Hussin

KETUA BAHAGIAN

Silvester Bin
Lawai

PENSYARAH

Ahmad Fadlullah
Bin Rusaidi

PENSYARAH

Ng Vui Chien

PENSYARAH


Mohd Faiz Fathullah
Bin Ali Hassan

PENSYARAH