Sekalung Tahniah diucapkan kepada kakitangan ILP Sandakan di atas pemilihan dan penerbitan penulisan jurnal dalam 2nd Putrajaya International Conference (PJIC) on Multi-Disciplinary Research 2021.
Penyelidikan yang bertajuk "Kebolehpasaran Graduan Wanita TVET ILJTM Zon Sabah Dalam Pemilihan Kerjaya" yang disediakan oleh Pn. Farrah Syamimi Binti Che Ros, Tn. Syed Mohd Yusri Bin Syed Yusoff, Tn. Hj. Mohd Raris Bin Mohamed Yusof dan kolaborasi bersama Dr. Amir Nazren Bin Abdul Rahim (UniMAP) adalah mengenai kajian kebolehpasaran graduan wanita ILP di Zon Sabah iaitu ILP Sandakan, ILP Kota Kinabalu dan ILP Labuan dalam pemilihan kerjaya.
Terdapat beberapa perkara yang dikaji antaranya adalah kadar peratusan graduan wanita yang telah bekerja mengikut bidang yang mereka ceburi di ILP serta kekangan-kekangan yang dialami oleh graduan wanita untuk bekerja mengikut bidang yang dipelajari. Hasil dapatan diharap dapat diambil sebagai langkah untuk meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan wanita seiring dengan graduan lelaki keluaran ILJTM.
2nd PJIC 2021 dianjurkan oleh Academia Industry Networks bertujuan untuk menyediakan platform bagi para sarjana, intelektual dan profesional untuk berkongsi dan menjana forum mengenai isu-isu tempatan dan global semasa, menangani penyelesaian masalah dan memberi peluang kepada peserta untuk bertukar dan berkongsi pengetahuan dan maklumat, menjalin hubungan perniagaan atau penyelidikan dan mencari rakan kongsi global untuk kolaborasi masa depan.
Anda boleh memuat turun 2nd PJIC 2021 melalui pautan dibawah;
Syabas dan Tahniah Pn. Farrah Syamimi, Tn. Syed Mohd Yusri dan Tn. Hj. Mohd Raris!
Be Inspired - Be Extra Ordinary - Be World Class With TVET