msen

25 April 2022 | Isnin – ILP Sandakan komited dalam melaksanakan program komuniti bersama komuniti setempat. Sehubungan dengan itu, seramai enam orang pelajar daripada Bahagian Teknologi Elektrik (TE) diketuai oleh En. Mohd Radznan Malek, pengajar TE telah melaksanakan perkhidmatan penyelenggaran pepasangan elektrik di lokasi program Iftar Ramadhan SK Mawar.
Terdahulu, pihak sekolah melalui Puan Rohaya Hj Maidin selaku Guru Besar SK Mawar telah mengemukakan surat permohonan kepada pengarah ILP Sandakan bagi maksud tersebut dan atas dasar tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan serta kepakaran yang terdapat di institut, Tuan Haji Mohd Raris Mohamed Yusof (pengarah) menyokong hasrat pihak sekolah tersebut dan mengarahkan bahagian terbabit melaksanakan kerja demikian agar program anjuran sekolah berlangsung dengan jayanya.
Harapan tuan pengarah agar program ini menjadi pencetus kearah penerapan nilai murni warga institut selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia demi mendokong semangat perpaduan melalui program kemasyarakatan.
Be Inspired - Be Extra Ordinary -Be World Class with TVET

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures