msen

25 Mei 2022 | Rabu – Syarikat Wesmaltech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik bumiputra dan beribu pejabat di Kota Kinabalu serta mempunyai beberapa cawangan termasuk di Wilayah Semenanjung. Salah satu objektif utama syarikat adalah mewujudkan perkongsian ilmu pengetahuan dan teknologi kepada warga industri melalui kursus jangka pendek dengan menumpukan kepada warga Sabah dan Sarawak selain mengenalpasti pakar-pakar industri tempatan untuk diketengahkan bagi sama-sama membantu melatih warga industri khususnya melibatkan kursus yang menawarkan persijilan professional (professional certification) daripada badan diiktiraf. Umum mengetahui warga Sabah sedikit ketinggalan dalam beberapa aspek khususnya berkaitan teknologi berbanding di Semenanjung. Justeru, pengurusan ILP Sandakan mengambil serius akan perkara ini dan mewujudkan beberapa jalinan kerjasama bersama pihak industri agar jurang teknologi ini dapat diminimakan.
Dalam plan strategik lima tahun ILP Sandakan, beberapa perancangan kearah memperkasa bidang Elektrik telah dirangka antaranya menaiktaraf kursus Penjaga Jentera Elektrik dan menambahbaik program sedia ada seperti Teknologi Solar dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pihak ILP Sandakan telah menerima kunjungan daripada syarikat Wesmaltech Sdn Bhd bagi membentangkan dua program yang melibatkan persijilan professional iaitu Grid Connected Photo Voltaic (GCPV) dan International Electrotechnical Commission Explosive Atmosphere (IECEx) Certification. Pihak syarikat melalui wakilnya En. Sabarudin Saripuddin telah membentangkan program GCPV (pentauliahan SEDA) berdasarkan pengalaman beliau melaksanakan program tersebut di IKM Kota Kinabalu. Beliau menegaskan program solar merupakan kursus yang berpotensi tinggi dan mendapat permintaan tinggi daripada industri selari dengan dasar industri negara kearah kelestarian sumber tenaga negara.
Selesai pembentangan, pelawat dibawa melawat ke bengkel Teknologi Elektrik bagi meninjau lokasi pemasangan "Examination Bay" untuk program IECEx Certification yang bakal dilaksanakan di ILP Sandakan khusus untuk warga industri di Wilayah Borneo (Sabah & Sarawak). Warga institut khususnya pengajar dan pelajar juga mendapat manfaat daripada program tersebut melaui peluang latihan (professional certification) yang akan diperolehi kelak.
Perbincangan di sebelah pagi itu diketuai oleh En. Suhaidi Mustar (TPL) mewakili pengarah ILP Sandakan dan disertai oleh En. Awang Yusof Awang Damit (TPO), En. Anzari Mohd Daud (PP CESS), En. Mohammad Nasir Awang (KB Elektrik) dan En. Muhalis Nonchi (Pengajar Elektrik) sementara di pihak syarikat diwakili oleh En. Alias A. Bakar (penasihat syarikat), Pn. Salmah Laronda (CEO syarikat), dan beberapa orang pegawai syarikat.
Pihak pengurusan ILP Sandakan optimis dengan pertemuan ini yang disifatkan sebagai kerjasama berimpak positif dan berinformatif kearah halatuju institut menambah nilai (value added) kursus sedia ada agar terus relevan dengan keperluan industri tempatan dan global.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures