msen
3 Jun 2022 | Jumaat | Majlis Persaraan En. Mohd Ahmad Bin Abdul Samad
ILP Sandakan telah menganjurkan dan meraikan Majlis Persaraan salah seorang kakitangan ILP Sandakan iaitu Encik Mohd. Ahmad Bin Abdul Samad.
Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam mulai 1 Ogos 2001 sehingga 12 April 2022 serta merupakan antara kakitangan terawal yang terlibat dalam barisan pengurusan yang pertama sejak penubuhan ILP Sandakan.
Pihak pengurusan dan seluruh warga Institut Latihan Perindustrian Sandakan dengan ini merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala kerjasama dan komitmen serta bakti perkhidmatan yang telah dicurahkan selama berkhidmat di institut ini, dan mengucapkan selamat bersara kepada beliau serta mendoakan kesejahteraan beliau bersama keluarga tercinta.
Terima kasih En. Ahmad! 😊

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures