21 Jun 2022 – Selasa. ILP Sandakan di bawah Unit Pusat Sumber dan Multimedia telah menjayakan Program Jom Baca 10 minit bersama warga ILP Sandakan pada 21 April 2022 bertepatan jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi di sekitar ILP Sandakan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melahirkan warga ILP Sandakan yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya. Program ini telah berjaya menerima sebanyak 93 keping gambar. Bagi menghargai penyertaan peserta, pihak pengangur telah menyediakan cenderahati kepada penerima hadiah untuk gambar terbaik. Antara penerima hadiah gambar terbaik Jom Baca 10 minit:
Kategori Staff ILP :
1. En. Syed Mohd Yusri Bin Syed Yusoff. (Bahagian Kawalan Kualiti Latihan)
2. En. Abdul Hakim Siddiq bin Ibrahim. (Asrama)
3. En. Nurzharfan Rafei Bui. (Teknologi Komputer Rangkaian)
Kategori Pelajar ILP :
1. En. Yusri Bin Junadil. (Bengkel Teknologi Fabrikasi Logam)
2. En. Azizan Bin Jaukal & En. Zidan Dapiri. (Bengkel Teknologi Komunikasi)
3. Cik Nurul Azalina Binti Razal. (Bengkel Teknologi Komunikasi)
Kategori Khas ILP :
1. En. Muhammad Izam Bin Jamaludin. (Bengkel Teknologi Fabrikasis Logam)
2. En. Azizan Bin Jaukal. (Bengkel Teknologi Komunikasi)
3. Tuan Hj Mohd Raris Bin Mohamed Yusof. (Pengarah, ILP)
Dengan ini, di harap program ini akan berjaya mencapai matlamatnya menjadikan Warga ILP
Sandakan sebagai warga yang berilmu dan berpengetauhan.