msen
17 Jun 2022 | Jumaat – Pengumuman pihak kerajaan terhadap krisis Covid 19 yang melanda negara telah beralih kepada fasa pemulihan iaitu endemik amat memberi kesan yang signifikan terhadap aktiviti semua sektor utama di negara ini khususnya ekonomi, pendidikan dan sosial. Contohnya seperti sektor Pendidikan, hampir sepenuhnya aktiviti pembelajaran telah dijalankan secara bersemuka sama ada aktiviti pembelajaran bilik darjah mahu pun ko-kurikulum sekaligus memberi kelegaan kepada semua golongan pendidik dalam merencana aktiviti yang perlu dilaksanakan dengan lebih efektif.
Bersempena dengan Program Kepimpinan dan Watikah Pelantikan Pemimpin Murid SMK Merpati Sandakan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan telah diundang untuk memberi ceramah motivasi kepimpinan kepada barisan pemimpin murid seramai 178 orang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Objektif utama program adalah bagi menyuntik semula semangat barisan pemimpin murid ini agar terus komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing selari dengan misi dan visi yang disasarkan oleh pihak pengurusan sekolah.
Ceramah kepimpinan selama hampir dua jam itu telah disampaikan oleh En. Anzari Mohd Daud (PP CESS) turut dihadiri oleh Pn. Noor Fadzillah Yunus (PK HEM), En. Abdul Razil Saimun (PK KOKUM), Pn. Aizat Azmi Azhar (Penyelaras Kursus kepimpinan Murid) dan barisan guru-guru pembimbing.
Dalam kesempatan itu juga, penceramah turut menyelitkan promosi latihan TVET khususnya program latihan kemahiran yang ditawarkan di ILP Sandakan berikutan ramai daripada kalangan peserta juga adalah terdiri daripada kumpulan sasar iaitu pelajar tingkatan 5. Pendedahan berhubung TVET ini amat penting agar pelajar mendapat maklumat tepat seterusnya merencana halatuju masa depan dalam melanjutkan pengajian dalam bidang ini setelah tamat persekolahan.
Harapan pihak pengurusan sekolah agar program ini mampu mencetuskan gelombang transformasi kepimpinan pelajar agar lebih dinamik kearah mendepani gelora persaingan Pendidikan Nasional yang mencabar dan kompetetif.
 

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures