msen
28 JUN 2022 (SELASA) – ILP SANDAKAN melakarkan sejarah tersendiri dengan julung kalinya mengadakan Majlis Konvokesyen Institusi ILJTM Kali Ke-25 di halaman sendiri. Majlis ini disempurnkan oleh YBrs. Tn. Hj. Mohamad Raris Bin Mohamed Yusof Selaku Pengarah ILP Sandakan. Majlis ini juga diiringi oleh En. Suhaidi Bin Mustar, Timbalan Pengarah (Latihan), En. Awang Yusuf Bin Awang Damit, Timbalan Pengarah (Latihan) dan Ketua-Ketua Bahagian Bengkel serta Penolong Pengawai Tadbir ILP Sandakan.
Majlis konvokesyen ini adalah bagi meraikan kejayaan seramai 258 orang graduan sesi keluaran 1/2019, 2/2019, 1/2020, 2/2020 dan 2/2021 yang telah layak mendapat sijil kemahiran. Para graduan adalah dari kursus Teknologi Elektrik, Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Penyamanan Udara Dan Penyejukbekuan, Teknologi Kimpalan Dan Teknologi Automotif.
Dalam ucapan perasmian, YBrs Tuan Pengarah ILP Sandakan mengingkatkan para graduan yang bakal, sedang dan telah menyambung pelajaran mahupun telah bekerja agar terus menimba ilmu kemahiran dengan berfikiran terbuka agar menjadi individu yang dapat melihat dan menilai sesuatu keadaan dari pelbagai perspektif dan untuk membina kecemerlangan dalam kerjaya bagi menjadi warga kerja yang efisien, kreatif dan inovatif bagi menabur bakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada semua warga kerja ILP Sandakan yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.
Adalah didoakan agar para graduan akan mencipta kejayaan dalam apa juga bidang kerjaya yang diceburi dan moga kejayaan mereka semua menjadi inspirasi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memilih aliran kemahiran atau Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan utama mereka kelak.
Majlis ini juga meraikan kejayaan berganda bagi graduan yang bergraduasi di mana graduan berikut merangkul gelaran Graduan
Terbaik
 
iaitu:
1. Muhammad Tajuddin Bin Hashim
Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara
2/2017 - 1/2019
 
2. Nur Atiqah Nabila Binti Suhaini
Teknologi Komputer (Rangkaian)
1/2018 - 2/2019
 
3. Syahirah Binti Jaidin
Teknologi Komputer (Rangkaian)
1/2019 - 1/2020
 
4. Abdul Kadir Bin Gusnan
Teknologi Elektrik
1/2019 - 2/2020
 
5. Mohd Syafik Bin Sudirman
Teknologi Elektrik
2/2019 - 2/2021

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures