9 Ogos 2022 | Selasa – Satu perbincangan telah diadakan di ILP Sandakan bagi memuktamadkan kursus Kimpalan Bawah Air yang akan dilaksanakan oleh syarikat Oksigen Melangit Enterprise (OME) dengan kerjasama ILP Sandakan dalam jangka waktu terdekat. Perkara-perkara yang dibentangkan oleh pihak institut (TPL) adalah berkaitan kandungan kursus, jadual pelaksanaan kursus, tenaga pengajar, persijilan dan kos yang terlibat sepanjang program.
Dalam ucaptama pembukaan perbincangan, Pengarah ILP Sandakan menyatakan objektif utama penglibatan pihak institut dalam program ini adalah bagi membantu daripada sudut teknikal untuk memulakan program sulung pihak syarikat ini agar dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus memberi impak positif kepada pihak institut, industri dan komuniti setempat khasnya.
Perbincangan selama dua jam itu diketuai oleh Tuan Hj Mohd Raris Mohamed Yusof (Pengarah) turut disertai oleh En. Suhaidi Mustar (TPL), En. Awang Yusof Awang Damit (TPO), Cik. Noor Azila Zamani (PP BKKL), En. Anzari Mohd Daud (PP CESS), En. Jamludin Assat (KB TKIM), beberapa pegawai CESS dan pelajar praktikal. Manakala di pihak syarikat diketuai oleh En. Paul Wong Hoo Jin (Pengurus OME) serta ditemani oleh En. Amir Bustamin (Pengurus Latihan OME).
Harapan kedua-dua pihak agar program ini berjaya dilaksanakan bagi menambah nilai latihan sedia ada di institut selain memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang tersebut di negeri ini.