msen
29 Julai 2022 | Jumaat – Kunjungan mesra industri diteruskan dengan melawat syarikat YY Empire Sdn Bhd di bandar IJM Batu 5, merupakan sebuah syarikat kontraktor telekomunikasi yang beroperasi di sekitar negeri Sabah bagi memenuhi keperluan perkhidmatan jalur lebar dan infrastruktur telekomunikasi (TM Sabah) di negeri ini. Sebelum itu, iaitu pada 20 Julai 2022 kunjungan juga telah dilakukan di syarikat Cash Horse (M) Sdn Bhd di Segaliud Kinabatangan. Syarikat ini mengendalikan operasi loji bio jisim (biomass) yang berperanan menjana tenaga elektrik bagi memenuhi keperluan tenaga di negeri Sabah khususnya kepada pihak SESB.
Tujuan lawatan adalah bagi berkongsi pandangan khusus berkaitan strategi latihan yang dapat memberi impak kepada kedua-dua pihak selain memberi taklimat pelantikan Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) untuk bidang Teknologi Kimpalan dan Teknologi Telekomunikasi. Delegasi institut di ketuai oleh En. Awang Yusof Awang Damit (TPO) turut disertai oleh En. Anzari Mohd Daud (PP CESS) dan En. Zainol Ghazali (Pegawai CESS). Manakala di pihak industri diwakili oleh En. Low Yew Hoe (Senior Manager Cash Horse (M) Sdn Bhd) dan En. Yusuf Yoda (Director YY Empire Sdn Bhd).
Kesimpulannya, perjumpaan ini amat bermakna kepada pihak institut kearah pemerkasaan peranan institusi TVET ILJTM (ILP Sandakan) agar terus relevan dengan industri tempatan sekaligus memacu ekonomi domestik melalui sektor industri dan perkhidmatan di negara ini dan di Sabah khasnya.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures