ILP Sandakan telah menganjurkan dan meraikan Majlis Perpisahan dan Jasamu Dikenang salah seorang kakitangan ILP Sandakan iaitu Puan Nor Azmiza Binti Jusoh. Sepanjang perkhidmatan beliau dari 2016 hingga 2022, beliau telah menggalas pelbagai jawatan dan tugasan utama di institut seperti Ketua Bahagian PPU dan Bahagian Pengurusan Aset. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pegawai dan pengajar yang giat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum bersama pegawai dan pelatih ILP Sandakan. Beliau dianugerahkan kenaikan pangkat DV38 dan meneruskan perkhidmatan beliau di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan. Pihak pengurusan dan seluruh warga Institut Latihan Perindustrian Sandakan mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat dan ribuan terima kasih diatas segala jasa serta pengorbanan dari beliau sepanjang perkhidmatan di institut. Semoga beliau akan terus cemerlang dan menabur jasa di masa hadapan.
Terima kasih Pn. Nor Azmiza! 😊