msen

Pertandingan Memancing Suka-Suka ILP Sandakan 2022 telah menarik ramai peserta khususnya di kalangan staf ILP Sandakan dan ahli keluarga masing-masing. Pertandingan ini diadakan bersempena pembukaan semula aktiviti memancing di Denai Alam, ILP Sandakan setelah 2 tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19.
Pelbagai kategori pertandingan diadakan seperti kategori Ikan Paling Berat, Ikan Paling Kecil, Tangkapan Terbanyak, Ikan Paling "Rare" dan Cabutan Bertuah. Tahniah diucapkan kepada semua Pemenang Pertandingan Memancing Suka-suka ILPSDK 2022 serta ucapan terima kasih tidak terhingga kepada urusetia dan semua warga ILP Sandakan yang menyertai aktiviti ini. Anda semua memang HEBAT.
Moga pelbagai aktiviti lagi dapat dijalankan bagi mengikat ukwah di kalangan semua staf ILP Sandakan berserta ahli keluarga pada masa-masa mendatang.
Pemenang:
Ikan Paling Berat Kategori Lelaki
Johan: En. Mohd Nur Fitri Bin Jamil - (2417gram)
Naib Johan: En. Muhalis Bin Nonchi (365gram)
Ikan Paling Berat Kategori Perempuan
Johan: Adik Erina Binti Mohd Fairoz (191gram)
Naib Johan: Cik Dayang Zaimah Binti Awang Tuah (165gram)
Ikan Paling Kecil
Johan: En. Azwie Bin Jafri
Tangkapan Terbanyak
Johan: En. Suhaidi Bin Mustar (18 Ekor)
Naib Johan: En. Abdul Hakim Siddiq Bin Ibrahim (18 Ekor)
Ikan Paling "RARE"
Johan: Adik Muhammad Hazman Hafiz bin Mohd Azrul Anuar
Naib Johan: En. Billy Anak Rejap
Pemenang Cabutan Bertuah:
1. Pn. Asriyani Binti Seraila
2. En. Mohd Hafizul Bin Ibrahim Apani
3. En. Roben Bin Raming
4. En. Mohd Hifzan Bin Salimun
5. En. Darman Bin Daming
Tahniah kepada semua! 😁👍

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures