msen

1 September 2022 | Khamis – Kepesatan industri global masa kini turut merancakkan pemikir TVET di negara ini mencari solusi dan formula agar terus bersaing, relevan dan ‘synchro’ dengan negara membangun yang lain.
Baru-baru ini, pengurusan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan telah dikunjungi oleh seorang pakar industri yang banyak menjawat kedudukan penting dalam TVET antaranya Naib Presiden International Vocational Education and Training Association (IVETA) South Asia, Naib pengerusi Malaysia loT Association, Pengarah Penang STEM dan pelbagai lagi. Juga merupakan salah seorang perintis TVET di Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan dan bergiat aktif dalam industri 4.0 khususnya pendigitilan. Beliau yang dimaksudkan ialah Dato’ Sri Ganes, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas SG Education Group Berhad.
Kunjungan beliau ke bumi Sandakan adalah bagi mengadakan perbincangan dengan pengurusan institut untuk mewujudkan pusat latihan dan penyelenggaraan dron di negeri ini. Sebagai Langkah awal, institusi beliau iaitu SG Academy bersama rakan strategiknya Asia Drone IoT Technologies bercadang menganjurkan Program Khas Drone Maintenance and Repair Proficiency di ILP Sandakan dengan menyasarkan seramai 50 orang peserta (sekurang-kurang kerjayanya memerlukan penggunaan asas dron). Objektif utama program adalah melahirkan dan menaik taraf bakat tempatan untuk menjadi tenaga mahir dron mengikut keperluan ekonomi dron global.
Perbincangan lebih sejam itu diketuai oleh Tuan Hj Mohd Raris Mohamed Yusof selaku Pengarah, turut disertai oleh En. Suhaidi Mustar (TPL), En. Awang Yusof Awang Damit (TPO), Cik. Noor Azila Zamani (PP BKKL), En. Anzari Mohd Daud (PP CESS), En. Muhammad Haziq Hamzah (KB Telcom), Pegawai CESS, BKKL, BPSM dan Pengajar Telcom.
Harapan agar program ini berjaya direalisasikan seterusnya melihat teknologi dron ini dapat diaplikasikan secara meluas, profesional dan bersistematik di negeri ini khususnya dalam menyokong dan menambah kecekapan mutu perkhidmatan sektor industri dan perniagaan selain menjadi platform ILP Sandakan untuk menjadi peneraju teknologi dron di negeri ini suatu masa nanti.
Selamat menyambut dan meraikan Hari Kebangsaan yang ke 65. Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.
Dirgahayu Tanah Airku!
"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures