msen

15 September 2022 | Khamis – Penglibatan ILP Sandakan dalam membantu menjayakan Hari Kerjaya SMK Muhibbah Sandakan merupakan salah satu agenda dasar institut kearah mempromosikan institusi TVET kepada pelajar sekolah. Program yang dilaksanakan selama setengah hari itu, memfokuskan pelajar tingkatan 5 yang akan menamatkan pengajian peringkat sekolah tidak lama lagi. Justeru, pihak sekolah berinisiatif menganjur program ini bagi memberi peluang kepada pelajar mereka meneroka peluang melanjutkan pengajian setelah tamat persekolahan kelak.
Pelbagai institusi awam dan swasta terlibat dalam program tersebut antaranya UMS Kampus Sandakan, Kolej Komuniti Sandakan, OUM, Edu Quest, ABM Sandakan dan pelbagai lagi. ILP Sandakan diwakili oleh En. Zainol Ghazali (Pegawai CESS) serta dibantu oleh dua orang pelajar praktikal CESS (UMS Kota Kinabalu). Pihak institut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah di atas jemputan mengadakan pameran kerjaya tersebut. Harapan agar institusi TVET khususnya di bawah kelolaan ILJTM sentiasa relevan kewujudannya di negeri Sabah dalam mendokong pembangunan ekonomi dan industri tempatan dan global amnya.
"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures