msen
27 September 2022 | Selasa – Hubungan sedia terjalin antara pengurusan institut dengan HRD Corp diperkukuhkan lagi melalui kunjungan hormat pengurusan kanan (ibu pejabat) HRD Corp ke Institut Latihan Perindustrian Sandakan. Objektif utama kunjungan adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama khususnya dalam aspek memperkasa industri tempatan berdasarkan peranan dan fungsi kedua-dua badan kerajaan tersebut.
Pertemuan selama dua jam itu mengetengahkan isu industri tempatan semasa berdasarkan penemuan oleh pihak HRD Corp semasa sesi lawatan rasmi di beberapa sektor industri sekitar pantai timur Sabah. Kerjasama pihak HRD Corp dengan institut amat diharapkan dalam memastikan beberapa isu yang ditimbulkan oleh penggiat industri ini dapat diminimakan seperti latihan kemahiran (upskilling & reskilling) pekerja, penghijrahan pekerja, khidmat konsultasi laluan kerjaya, pewujudan program latihan baru berdasarkan ekonomi & industri tempatan dan lain-lain lagi yang berkaitan majikan dan pekerja.
Wakil daripada HRD Corp diketuai oleh Puan Wan Yon Shahima binti Wan Othman (Head of Customer Acquisition), turut diiringi oleh Puan Mimi Safura binti Hamit @ Abdul Wahab (Senior Vice President Customer Acquisition - Regional Acquisition), Encik Emmanuel Joseph Edward (Senior Associate Customer Acquisition -Regional Acquisition - Kota Kinabalu Office) dan Puan Norsyahida binti Nordin (Associate Customer Acquisition - Regional Acquisition -Sandakan Office). Manakala di pihak institut pula diketuai oleh Tuan Hj Mohd Raris Mohamed Yusof (Pengarah), En. Suhaidi Mustar (TPL), En. Awang Yusof Awang Damit (TPO), Penolong-penolong Pengarah (BPPA, BKKL, BPPL, BPSM & CESS), pegawai CESS dan pelajar (UMS) praktikal CESS.
Pengurusan institut amat mengalu-alukan kunjungan ini bagi memperkaya maklumat berhubung aktiviti industri tempatan sekaligus meneroka peluang institusi TVET untuk menyalurkan perkhidmatan kepada penggiat industri tempatan khususnya dalam latihan teknikal dan kemahiran
 

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures