msen
6 September 2022, ILP Sandakan – Satu Sesi mesyuarat bersama secara bersemuka telah diadakan antara pengurusan CIAST, Kampus Satelit CIAST & ILP Sandakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan, fasiliti dan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Zuleah binti Darsong, Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran lanjutan (Ciast) dan turut dihadiri oleh Dr. Norhuda binti Salim, Ketua Program Pembangunan Pengajar Kemahiran, En. Muhammad Nor Adzam bin Adam, Ketua Unit Kampus Satelit Ciast, Ts. Azmi Rahman bin Mat Zuin, Ketua Penyelaras CSC ILP Sandakan, En. Azhar Untong, Penyelaras CSC ILP Sandakan, Cik Aisy Affrin Nabilla binti Ariffin, Pelajar Intern Universiti Malaysia Pahang dan bagi pihak ILP Sandakan dihadiri oleh Tn. Hj. Mohd Raris Bin Mohamed Yusof, Pengarah ILP Sandakan, En. Suhaidi Bin Mustar, Tim. Pengarah (Latihan) ILP Sandakan, En. Awang Yusof Bin Awang Damit, Tim. Pengarah (Operasi) ILP Sandakan, Cik Nor Azila Binti Zamani, PP BKKL ILP Sandakan, Cik Norashikin Bin Mohd Arsad, PP BPPL ILP Sandakan, En. Billy Anak Rejap, Unit CESS.
Diharap kerjsama ini akan memberi impak yang kondusif dan bergerak seiring dengan perubahan teknologi semasa dalam bidang TVET kepada semua pihak.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures