13 September 2022 (Selasa) – ILP Sandakan telah menerima kunjungan Pegawai Naziran sempena Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran Bil. 2/2022. Pegawai-Pegawai Naziran terlibat ialah En. Jason Stephen selaku Ketua Pegawai Naziran, En. Mohd Zaki Jamalludin dan En. Samsuddin Abd Latif yang diterbangkan khas dari ILP Labuan. Sesi lawatan ini telah berlangsung pada 13 September 2022 hingga 15 September 2022.
Tujuan Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran ini adalah untuk membuat semakan terhadap Sistem Penilaian dan Latihan Berasaskan Cumulative Grade Point Average (CGPA) yang menggunakan SPC (Statistical Process Control) dari Training Management System (TMS) serta semakan portfolio bagi program persijilan tunggal tahap terendah dalam sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (Sijil Kemahiran Malaysia – SKM).
Sebanyak empat buah bengkel yang terlibat dengan lawatan verifikasi untuk semakan SPC pada kali ini. Bagi kumpulan lawatan pertama kali, bengkel yang terlibat ialah Bengkel Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas), Bengkel Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Bengkel Teknologi Telekomunikasi dan Bengkel Teknologi Komputer (Rangkaian) dari sesi kemasukan 2/2021.
Manakala bengkel yang terlibat dalam lawatan terakhir untuk diverfikasi ialah Bengkel Teknologi Kimpalan, Bengkel Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Bengkel Teknologi Telekomunikasi dan Bengkel Teknologi Komputer (Rangkaian) bagi sesi kemasukan 2/2029 & 1/2020.
Sementara itu, dua buah bengkel terlibat untuk semakan portfolio bagi program persijilan tunggal tahap terendah ialah Bengkel Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan dan Bengkel Teknologi Elektrik (3 Fasa) dari sesi 2/2020.
Sesi Mesyuarat Pembukaan dan Pemutupan telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohamad Raris bin Mohamed Yusof, turut dihadiri oleh En. Suhaidi bin Mustar, Tim. Pengarah (Latihan), En. Awang Yusof bin Awang Damit, Tim. Pengarah (Latihan), Penolong-penolong Pengarah BKKL, BPPL, BPPA, CESS dan Ketua-Ketua Bahagian serta wakil-wakil unit/bahagian.
ILP Sandakan mengucapakan ribuan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai Naziran yang dilantik dan kepada semua pihak yang terlibat melancarkan segala proses kerja Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran Bil. 2/2022.