msen
PROGRAM KHAS “DRONE MAINTENANCE AND REPAIR PROFICIENCY” DI ILP SANDAKAN
26 September 2022 | Isnin – Seramai 41 orang peserta berjaya dikumpulkan dalam satu program khas “Drone Maintenance and Repair Proficiency” anjuran SG Academy dan Asia Drone & IoT Technologies dengan kerjasama ILP Sandakan yang dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Cik. Deviga A/P Ramakrishnan dan Muhizee bin Sahat. Program yang dilaksanakan di bengkel Teknologi Telekomunikasi, ILP Sandakan selama 5 hari itu bermula pada 26 September 2022 hingga 30 September 2022. Seramai 12 orang pengajar/pegawai ILP Sandakan, 8 orang pelajar semester akhir bidang Teknologi Telekomunikasi ILP Sandakan dan 21 orang daripada pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta/persendirian telah menyertai program yang menggunakan dana HRD Corp ini. Program khas ini berakhir pada 30 September 2022 dan majlis penutupan program serta penganugerahan sijil telah disempunakan oleh En. Suhaidi Mustar (Timbalan Pengarah Latihan).
 
Harapan agar program kerjasama institusi TVET dan penggiat industri ini mampu memberi impak positif kepada semua peserta khususnya melalui proses peningkatan kemahiran supaya mereka terus berdaya saing dalam teknologi, ekonomi dan industri berasaskan dron seiring dengan dasar kelestarian industri negara. Pengurusan institut juga optimis menjadikan program ini sebagai platform kepada ILP Sandakan agar menjadi peneraju latihan dan teknologi dron di negeri Sabah suatu masa nanti.
 
"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures