Kerjasama berpasukan di antara kakitangan adalah salah satu nilai dan elemen yang amat penting bagi suatu organisasi bergerak menuju objektif yang sama untuk memperoleh kejayaan.
Sehubungan dengan itu, pihak ILP Sandakan telah menganjurkan Pertandingan Masterchef ILP Sandakan pada tahun 2022 sebagai satu langkah untuk mengukuhkan gerak kerja berpasukan serta mengeratkan lagi silaturahim di antara kakitangan tanpa mengira bahagian dan jawatan yang disandang.
Kesemua kakitangan dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi tugasan yang menguji kreativiti serta kerjasama di antara ahli kumpulan. Setiap kumpulan diamanahkan untuk menyediakan hidangan utama, aneka sayuran, aneka air minuman, pencuci mulut, dan hiasan terbaik melalui penyediaan bahan yang terhad.
Selain itu, setiap kumpulan perlu melaksanakan pelbagai tugasan sampingan untuk mendapatkan bahan bahan perasa yang sememangnya amat penting untuk menghasilkan rasa hidangan yang lazat. Kesungguhan dan semangat setiap ahli kumpulan Bunga Lawang, Kayu Manis, Cengkih, Jintan Manis dan Lada Hitam sememangkan jelas terserlah sepanjang program bagi merebut gelaran Johan Masterchef ILP Sandakan 2022.
Syabas dan tahniah kepada semua kakitangan yang telah turut serta dan menjayakan program ini. Anda semua adalah pemenang!
Be Inspired - Be Extra Ordinary - Be World Class with TVET