msen

20 Disember 2022 | Selasa | Perbincangan Strategi Promosi Kursus IECEx (Kerjasama Syarikat Wesmaltech Sdn Bhd dan ILP Sandakan) Bersama HRD Corp Cawangan Sandakan

Sejurus menyertai program jelajah HRD Corp Sabah yang diadakan pada 13 Disember 2022 yang lalu di Hotel Pavillion Sandakan, satu pertemuan telah dirangka bersama HRD Corp Sandakan khusus membincangkan strategi promosi kursus IECEx anjuran bersama syarikat Wesmaltech Sdn. Bhd dengan kerjasama ILP Sandakan.

Intipati perbincangan menjurus kepada maklum balas majikan dan pekerja industri sepanjang kursus ini dipromosikan (Jun 2022 – Disember 2022) kepada pihak industri (sektor perkilangan, sektor perkhidmatan elektrik dan sektor minyak dan gas) sekitar negeri Sabah. Daripada sumber yang diperolehi daripada HRD Corp Sabah dan melalui tinjauan kasar setelah mendapat beberapa maklum balas majikan dan pekerja, majoriti pemain industri kurang maklumat berkaitan kursus IECEx ini khususnya keperluannya kepada pekerja dan sektor industri tertentu selain masalah pelepasan daripada majikan untuk staf mereka menyertai kursus berikutan kekurangan pekerja teknikal khususnya dalam skop perkhidmatan kritikal. Kefahaman yang lemah daripada kalangan warga industri berkaitan akta dan peraturan-peraturan (OSHA) juga merupakan faktor kepada kesukaran menarik minat golongan tersebut untuk menyertai kursus ini.

Perbincangan 3 penjuru hampir dua jam itu melibatkan ILP Sandakan diwakili En. Anzari Mohd Daud (PP CESS), HRD Corp Cawangan Sandakan diwakili oleh Pn. Norsyahida Nordin (Associate Customer Acquisition - Regional Acquisition -Sandakan Office) dan wakil syarikat Wesmaltech Sdn Bhd iaitu penasihat dan CEO syarikat, En. Alias Bakar dan Pn. Salmah Laronda).

Hasrat pengurusan institut agar program ini berjaya direalisasikan pada tahun 2023 seterusnya memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pekerja teknikal industri selari dengan kehendak pihak berkuasa dalam akta dan peraturan (OSHA 2022, ABE 1990, IEC & IECEx) yang telah digariskan selain kandungan kursus yang amat bermanfaat kepada pekerja industri dan diiktiraf antarabangsa serta berstatus sijil profesional.

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET

#ILP #ilpsandakan #SkillsMalaysia #SkillS4All #tvetmalaysia
#TVET #ILJTM

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures