msen

Objektif

Bertanggungjawab menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infrastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai objektif.

Fungsi

Mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset, merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).

Pengurusan Aset.

  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Peralatan.
  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Bangunan & Kemudahan Asas.
  • Menyelaras dan Mengurus Perolehan Stok, Inventori & Aset Institut.
  • Mengurus Keselamatan Bangunan & Harta Benda Institut.
  • Mengurus Proses Pelupusan Peralatan.

Pengurusan Perolehan (Peralatan, Bekalan, Bahan Latihan dan Perkhidmatan)

  • Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik dan matematik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan
  • Terlibat sebagai Urus setia Jawatankuasa Sebut Harga.
  • Membuat Cadangan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut.
  • Merancang dan mengurus program/aktiviti perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar.
  • Menyediakan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan institusi pendidikan.
  • Merancang dan mengurus program/aktiviti penyelenggaraan prasarana dan aset-aset kerajaan mengikut jangka masa dan piawaian yang ditetapkan dengan kos yang efektif.
  • Memantau dan menilai program/aktiviti perolehan bekalan , perkhidmatan, penyelenggaraan prasarana dan aset.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures