msen

Objektif

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) merupakan satu bahagian utama yang menguruskan segala hal berkenaan pelajar samada dalam konteks perkhidmatan, pengambilan, pendaftaran, keselamatan dan pembangunan modal insan yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan para pelajar sebagai pelapis yang mampu mewarisi tanpuk pemerintahan Negara.

Fungsi

Teras utama BPPL adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar dalam membangunkan modal insan agar mereka memiliki kemahiran, berketerampilan dan berdisiplin.

Fungsi Setiap Unit:

Unit Hal Ehwal Pelajar dan Kokurikulum

  • Menjaga kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, pengangkutan, aduan masalah dan lain-lain perkara yang berkaitan.
  • Mengurus dan menyediakan rekod, laporan dan statistik pengambilan pelajar dan lepasan institut.
  • Mengurus pengambilan dan pendaftaran pelajar baru.
  • Menyelia dan mengendalikan Minggu Suaikenal untuk semua pelajar baru.
  • Menyediakan Kalendar Latihan Tahunan.
  • Menguruskan Surat Aku Janji dan elaun pelajar.
  • Menguruskan pendaftaran insuran pelajar.
  • Menyelia Majlis Perwakilan Pelajar meliputi proses pengundian, perlantikan, pembubaran dan segala aktiviti yang dijalankan.
  • Merancang, menyelia dan mengurus Majlis Konvokesyen.
  • Menyedia dan menyelia program kokurikulum pelajar.
  • Mengurus dan memantau Penilaian Latihan dan Pengajar menggunakan Sistem Pengurusan e-Penilaian Latihan (SPePL) di institusi.
  • Merancang dan menyediakan program pembangunan insan dan aktiviti kemasyarakatan.

Unit Disiplin dan Kaunseling

  • Mengurus dan menyelia disiplin pelajar.
  • Mengurus dan menyelia prosedur tatatertib pelajar (JTP I dan JTP II).
  • Menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar.
  • Memastikan para pelajar menyertai semua program yang telah dirancang.

Unit Komuniti Dan Sokongan Pekerjaan (CESS)

  • Mengurus dan menyelaras hubungan antara industri dan ILP Sandakan menerusi program-program lawatan industri, Smartpartnership, MoA, MoU dan lain – lain kerjasama strategik.
  • Mengadakan promosi Pengambilan, Pameran Kerjaya dan ceramah-ceramah berkaitan pengenalan ILP Sandakan, kursus-kursus sepenuh masa dan separuh masa dari sekolah-sekolah, persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.
  • Maklumkan tawaran pekerjaan melalui laman web, laman sosial dan papan kenyataan kepada graduan.
  • Menyusun temujanji pelajar dengan pihak industri untuk temuduga pekerjaan dan sebagainya.
  • Merancang dan melaksanakan Bengkel/kursus Panduan Kerjaya kepada para pelajar untuk persediaan kerjaya.
  • Memberi nasihat dan kaunseling berkenaan jenis-jenis pekerjaan yang sesuai dan juga industri yang berkenaan dengan kursus-kursus yang diambil oleh pelajar.
  • Mengurus program kesedaran 5S di kalangan kakitangan dan pelajar, Pelaksanaan Kaizen & 5S Serta Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S).
  • Merancang dan melaksanakan program-program Alumni ILP Sandakan dan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim ILP Sandakan (YAKIN).
  • Menyelaras semua penempatan, lawatan dan penilaian berkaitan Latihan Industri (LI) untuk semua pelajar ILP Sandakan dan internship daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta / Institusi Latihan Kemahiran Awam / Institusi Latihan Kemahiran Swasta

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures