20 Disember 2022 | Selasa |Seramai 90 orang peserta telah lulus dengan jayanya dalam satu program khas Dron 2.0 “Certified Drone Operation Proficient (CDOP)” anjuran SG Academy dan Asia Drone & IoT Technologies dengan kerjasama ILP Sandakan yang dikendalikan oleh UAS Instructor iaitu En. Zarul Ekhwan Rusli, En. Stephen Shandy Gelasius dan En. Mohamad Saddiq bin Mohd Rosdi turut dibantu oleh Ketua Bahagian dan dua orang pengajar daripada Bahagian Teknologi Telekomunikasi, ILP Sandakan.
Program yang dilaksanakan di bengkel Teknologi Telekomunikasi dan perkarangan Padang Bola Sepak ILP Sandakan selama 4 hari itu bermula pada 17 Disember 2022 hingga 20 Disember 2022. Seramai 90 orang peserta terdiri daripada pegawai / kakitangan ILP Sandakan, pelajar semester akhir bidang Teknologi Telekomunikasi (TELCOM), Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), Teknologi Automotif (TAUTO) dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (TPPU). Kandungan kursus CDOP selama 4 hari itu antaranya ialah Safety & Regulations, Drone Operations (Simulator Exercise & Practical Training), Drone Battery Management, Drone Management (Logbook, Checklist & Procedure) and Practical Training.
Pihak pengurusan institut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SG Academy khususnya kepada Dato Sri Ganes (Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas SG Education Group Berhad) dan pasukannya di atas komitmen besar beliau untuk bekerjasama menganjurkan program khas ini di ILP Sandakan.
Sesungguhnya banyak manfaat telah diperolehi oleh peserta khususnya pelajar semester akhir yang semestinya memperolehi nilai tambah latihan sebagai modal untuk bersaing dalam dunia pekerjaan setelah bergraduasi kelak dan pada masa sama pegawai / kakitangan juga memperolehi ilmu baru selain bidang pengkhususan sedia ada yang mampu memberi nila tambah kepada pekerjaan semasa.
Semoga kerjasama strategik ini akan terus terjalin dengan harmoni untuk melihat lebih banyak lagi program alternatif yang mampu memberi nilai tambah latihan kemahiran di negeri Sabah amnya dan di ILP Sandakan khasnya.
"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"