9 Januari 2023 | Isnin | Lawatan Verifikasi PPL bagi Pelaksanaan Sistem Penilaian Kendiri Sesi 2/2022
Pihak ILP Sandakan telah menerima Lawatan Verifikasi Pegawai Penilaian Luar (PPL) bagi Pelaksanaan Sistem Penilaian Kendiri Sesi 2/2022 sempena minggu peperiksaan ILJTM di seluruh negara.
Lawatan 3 hari tersebut adalah untuk verifikasi penilaian peperiksaan dan seterusnya menentukan status keterampilan para pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di ILP Sandakan.
Metodologi verifikasi melibatkan semakan portfolio serta sesi temuduga pelajar untuk menguji tahap keterampilan pelajar secara lisan.
Barisan PPL yang hadir adalah;
1. En. Kong Kok Yong (ILP Miri) - Teknologi Penyejukbekuan
2. Pn. Izuraida Binti Harun (ILP Miri - Teknologi Komputer Rangkaian
3. En. Sulaiman Bin Ibrahim (Kolej Vokasional Likas) - Teknologi Elektrik
4. Mohamad Tahir Bin Samsudin (Kolej Vokasional Tawau) - Teknologi Telekomunikasi
5. En. Mohd Ruslan Bin Mohd Amin (IKM Kota Kinabalu) - Teknologi Automotif
Kesemua 135 orang pelajar semester akhir telah berjaya dengan status Terampil.
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan barisan tenaga pengajar!
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
#ILP #ilpsandakan #SkilsMalaysia #Skills4AlI #tvetmalaysia
#TVET #ILJTM