msen
18 Januari 2023 | Rabu | Kunjungan Mesra Pengarah (East Malaysia) Syarikat GEA Westfalia Separator Sdn. Bhd.
 
Pengurusan institut menerima kunjungan balas daripada pengurusan syarikat GEA Westfalia Separator bagi memperincikan perbincangan berhubung program latihan TVET di ILP Sandakan khususnya bidang Teknologi Kimpalan susulan kunjungan awal promosi institut oleh bahagian CESS ke premis syarikat pada bulan September 2022 yang lalu.
 
Syarikat ini adalah berstatus antarabangsa dan perniagaan utamanya ialah dalam sektor industri sawit iaitu memberi perkhidmatan pemasangan, pembaikan dan penyelenggaraan komponen pemisah/pengasing (separator).
Antara perkara yang difokuskan dalam pertemuan kali ini ialah peluang menjalani Latihan Industri (pelajar), peluang pekerjaan, Latihan Sangkut Industri (pengajar) dan perkongsian maklumat umum berhubung pengaplikasian teknologi di syarikat berkenaan. Selain itu, perbincangan mengenai pelantikan dan peranan Jawatankuasa Penasihat Teknikal (Technical Advisor Committee – TAC) institut juga turut dibincangkan.
 
Perbincangan selama hampir dua jam itu diketuai oleh En. Awang Yusof Awang Damit (TPO), turut disertai En. Syafiq Fadli (KB TKIM), En. Anzari mohd Daud (PP CESS), En. Zainol Ghazali (CESS), En. Billy Anak Rejap (CESS) dan En. Azbullah Abdul Rani (BKKL). Manakala di pihak syarikat pula diwakili oleh En. Ng Yen Fu (Director East Malaysia) dan En. Mohd Zaidi Abdul Gapal (Team Leader Sabah Branch). Pihak pengurusan amat komited dengan usaha sama yang bakal dijalin ini bagi mengukuhkan lagi peranan institut terhadap pembangunan di daerah ini khususnya dalam industri minyak sawit.
'Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET'
 

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures