msen

6 Feb 2023 | Isnin | OSH Talk - Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Awareness

Penekanan dari segi keselamatan pekerjaan sering menjadi salah satu keutamaan bagi pihak ILP Sandakan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan kakitangan serta pelajar sentiasa terjamin.

Sehubungan dengan itu, pihak ILP Sandakan dengan kerjasama NIOSH Wilayah Sabah - Sandakan telah menganjurkan OSH Talk - HIRARC Awareness yang memberi kesedaran dan penekanan terhadap hazad dan bahaya yang sentiasa berada di persekitaran tempat kerja khususnya di dalam kawasan institut.

Seramai hampir 30 kakitangan institut telah menyertai program tersebut yang disampaikan oleh penceramah jemputan En. Muhamad Almansari Bin Albari; Ketua Pejabat NIOSH Sandakan.

Tahniah diucapkan kepada pihak ILP Sandakan dan NIOSH Sandakan di atas program kerjasama ini yang semestinya memberi impak positif terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di ILP Sandakan.

'Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET'

#ILP #ilpsandakan #SkillsMalaysia #Skills4AlI #tvetmalaysia
#TVET #ILJTM

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures