msen
ILP Sandakan memenuhi jemputan daripada pihak penganjur untuk membuka booth pameran dan berperanan sebagai Penyedia Latihan (Training Provider) sempena taklimat “Insights Into The Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001” anjuran HRD Corp Sandakan di Hotel Pavillion Sandakan. Sasaran penganjur adalah memberi kefahaman kepada para peserta (majikan) berhubung tanggungjawab dan kewajipan mereka seperti termaktub dalam Akta PSMB 2001.

Taklimat selama setengah hari itu telah disampaikan oleh En. Emmanuel Joseph Edward (Senior Associate Customer Acquisition -Regional Acquisition - Kota Kinabalu Office) dan Puan Norsyahida binti Nordin (Associate Customer Acquisition - Regional Acquisition-Sandakan Office) manakala wakil pameran institut diketuai oleh En. Anzari Mohd Daud (PP CESS) turut disertai En. Zainol Ghazali (Pegawai CESS), En. Azbullah Abdul Rani (Pegawai BKKL) dan En. Billy Anak Rejap (Pegawai CESS). Selain ILP Sandakan, pihak NIOSH Sandakan juga turut serta dalam pameran berkenaan.

Peluang dalam perhimpunan berskala besar para majikan ini dimanfaatkan institut untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan latihan TVET di ILJTM khususnya ILP Sandakan.
Semoga kerjasama strategik institut bersama pihak HRD Corp ini akan terus diperkasakan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor industri dan perkhidmatan di negeri ini.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures