ILP Sandakan memenuhi undangan HRD Corp Kota Kinabalu untuk membuka booth pameran dan berperanan sebagai Penyedia Latihan (Training Provider) sempena taklimat “Jom Guna Levi (JGL)” khusus untuk para majikan sekitar daerah Sandakan. Program anjuran HRD Corp ini diadakan di Bilik Seminar NIOSH Sandakan bertujuan memberi kefahaman kepada majikan berkaitan penggunaan levi untuk Skim Latihan HRD Corp (HRD Corp Training Scheme) yang ditawarkan seperti HRD Corp Claimable Course/ SBL-Khas, SBL, RPEL, On-Job-Training (OJT) Scheme, Industrial Training Scheme (ITS), IT/ALAT dan Future Workers Training Scheme (FWT).
Taklimat selama dua jam itu telah disampaikan oleh Puan Siti Norzanah Shamsul (Assistant Vice President, Sabah Office Regional Stakeholder Engagement Department) dan Encik Mohd. Faizal Bin Mohd. Farid (Associate Stakeholder Engagement Unit Sabah Region Department) manakala wakil pameran institut diketuai oleh En. Anzari Mohd Daud (PP CESS) dan turut disertai En. Zainol Ghazali (Pegawai CESS). Selain ILP Sandakan, pihak NIOSH Sandakan juga turut serta dalam pameran berkenaan. Seramai hampir 70 orang peserta (majikan) terdiri daripada pelbagai sektor industri dan perniagaan direkodkan hadir dalam program tersebut.
Dalam kesempatan program ini, pihak institut memanfaatkan peluang mempromosikan produk dan perkhidmatan latihan TVET di ILJTM khususnya ILP Sandakan. Kerjasama strategik institut bersama pihak HRD Corp ini diyakini mampu mendokong usaha kearah memperkasa pengetahuan dan kemahiran pekerja industri seiring dengan dasar pembangunan industri negara.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"