msen
4 Mac 2023 | Sabtu | Kursus Jangka Pendek Air Conditioning (Split Unit) Maintenance (ACM 01) & Air Conditioning (Split Unit) Troubleshooting & Repair (ACT 02)
 
Kursus Jangka Pendek (KJP) adalah inisiatif pihak ILP Sandakan dalam menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan. Selain itu, matlamat utama KJP dijalankan adalah menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat.
 
Justeru itu, ILP Sandakan melalui Bengkel Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (TPPU) telah berjaya menjalankan satu Kursus Jangka Pendek berkenaan Air Conditioning (Split Unit) Maintenance (ACM 01) & Air Conditioning (Split Unit) Troubleshooting & Repair (ACT 02) pada 4 Mac 2023 hingga 5 Mac 2023. Kursus terbabit disertai oleh 3 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberi nilai tambah atau re-skilling kepada 3 kakitangan mereka dalam menjalankan tugasan hakiki.
 
Kursus tersebut dijalankan dengan menggunakan kepakaran dua tenaga pengajar Bengkel Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, ILP Sandakan iaitu En. Ahmad Fadhlullah Bin Rusaidi dan En. Mohd Faiz Fathullah Bin Ali Hassan bersama 4 orang Pelatih TPPU, ILP Sandakan.
 
Semoga Kursus Jangka Pendek seperti ini dapat menambah dan melatih kemahiran para peserta sekaligus dapat meningkatkan produktivi syarikat.
 
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures