msen
11 Mac 2023 | Sabtu | Pelaksanaan Kursus Sijil Asas Pertahanan Awam Siri 1/2023 ILP Sandakan Sebagai Program Kokurikulum Pelajar Semester 1 & 2 Sesi 1/2023.
Kursus Sijil Asas Pertahanan Awam Siri 1/2023 telah berjaya dilaksanakan selama 2 hari bermula pada 11 Mac 2023 – 12 Mac 2023 hasil kolaborasi Institut Latihan Perindustrian Sandakan bersama Angkatan Pertahanan Awam (Malaysia) Daerah Sandakan.
Penglibatan seramai 182 orang pelajar dan 16 orang tenaga pengajar terlibat dalam menjayakan kursus sekaligus melakarkan sejarah APM melatih peserta paling ramai untuk siri ini. Pengendalian kursus ini telah diketuai oleh LTM (PA) Irwan Nusu berserta seramai 25 orang jurulatih APM. Pelajar telah dibahagikan 4 kumpulan bagi memudahkan proses latihan dan pengendalian.
Seawal pukul 7.30 pagi, semua peserta telah berkumpul di Dewan Kuliah Utama, ILP Sandakan untuk mendengar Taklimat Pengenalan Pertahanan Awam. Metodologi pelaksanaan kursus ini adalah secara teori dan amali. Silibus kursus ini meliputi asas pertolongan cemas, CPR dan Chocking, asas ikatan simpulan, asas menyelamat kecemasan, asas kimia/melawan kebakaran, asas balutan luka/kepatahan serta asas kawad kaki. Pelbagai aksi telatah pelajar terlihat sepanjang kursus berlangsung terutamanya ketika menjalankan latihan asas kawad kaki.
Secara keseluruhannya, objektif pelaksanaan kursus ini tercapai. Pihak institut berharap agar pelajar menyemai semangat kesukarelaan,sedia memberi bantuan dan pertolongan serta menghargai nyawa dan harta benda milik bersama.
 

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures