msen
14 Mac 2023 | Selasa | Program Pendidikan Pengundi Kolaborasi Bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia
 
Institut Latihan Perindustrian Sandakan kolaborasi bersama Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah melaksanakan “Program Pendidikan Pengundi” bersama seramai anggaran 100 orang pelajar semester akhir pada 14 Mac 2023 (Selasa) berlokasi di Dewan Kuliah Utama, ILP Sandakan.
 
Program berdurasi selama 2 jam tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan melahirkan golongan mahasiswa yang prihatin dengan sistem pemerintahan negara dan berupaya menyumbang kepada pembentukan kerajaan berdemokrasi. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderakenangan kepada Puan Jhassmeen Nureen Anak Ngong selaku penceramah merangkap Penolong Pengarah (Pengurusan Strategik) yang telah disampaikan oleh Ts. Suhaidi bin Mustar, Timbalan Pengarah (Latihan) ILP Sandakan. Program ini juga dilihat menjadi platform yang baik untuk perbincangan interaktif antara para peserta mengenai isu-isu pilihan raya.
 
Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan, ILP Sandakan akan memastikan program seumpama ini dilaksanakan pada sesi seterusnya agar mahasiswa khususnya pelajar-pelajar ILP Sandakan cakna mengenai tanggungjawab sebagai pengundi setelah mencapai usia 18 tahun selain membantu kefahaman dengan lebih baik mengenai proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.
 
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
 
 

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures