msen

24 Mac 2023 | Jumaat | Majlis Penyerahan Hadiah dan Penutupan The Biggest Loser ILP Sandakan

Program 'The Biggest Loser ILP Sandakan' akhirnya telah melabuhkan tirai pada 22 Mac yang lepas dan satu Majlis Penyerahan Hadiah & Penutupan telah diadakan bagi meraikan perkembangan dan kejayaan para peserta. Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KKSK) yang bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan selain dari sibuk menjalankan tugasan seharian di pejabat.

Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta dari kalangan kakitangan dan ahli keluarga kakitangan institut bermula dari November 2022 sehingga Mac 2023. Peserta bukan sahaja perlu memastikan penurunan berat badan, malah perlu aktif menyertai serta melaksanakan aktiviti-aktiviti 'weight loss' yang telah disusun dan mengekalkan nilai BMI yang memuaskan dalam tempoh tersebut.

Pemenang-pemenang bagi Program The Biggest Loser adalah seperti berikut;

Juara: Pn. Syaida Binti Ismail (Keluarga Kakitangan)
Naib Juara: En. Syafiq Fadhli Bin Masbak
Ketiga: En. Nurzharfan Bin Rafei Bui

Semoga dengan pelaksanaan program ini akan terus menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan ILP Sandakan.

Syabas kepada KKSK ILP Sandakan di atas penganjuran program The Biggest Loser. Tahniah kepada semua peserta dan pemenang!

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2.0
#SKilIS4AII
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures