14 April 2023 | Jumaat | Majlis Perpisahan dan Jasamu Dikenang Ts. Hj. Mohd Raris Bin Mohamed Yusof
ILP Sandakan telah menganjurkan dan meraikan Majlis Perpisahan dan Jasamu Dikenang Pengarah ILP Sandakan iaitu Ts. Hj. Mohd Raris Bin Mohamed Yusof.
Sepanjang perkhidmatan beliau dari 2018 hingga 2023, beliau telah membawa pelbagai perubahan positif serta inovasi dalam pengurusan dan pelaksanaan latihan di institut.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemimpin yang disenangi oleh seluruh warga institut dan sering proaktif dalam aktiviti di luar pejabat seperti sukan dan riadah bersama pelajar dan kakitangan.
Projek inovasi merupakan salah satu cabang kepakaran beliau. Sehubungan dengan itu, beliau turut terlibat dalam projek dan pertandingan inovasi yang sering disertai oleh ILP Sandakan dan meraih kejayaan dalam pertandingan seperti SCIENTEX, HACKATHON, Technopreneurship dan Worldskills Malaysia.
Sepanjang kepimpinan beliau, kerjasama di antara ILP Sandakan bersama pihak industri turut ditambahbaik melalui penubuhan Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) yang disertai oleh panel-panel pakar bidang teknologi latihan yang ditawarkan di institut.
Beliau telah dianugerahkan kenaikan pangkat DV54 dan akan meneruskan perkhidmatan beliau di Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah (Subang Jaya).
Pihak pengurusan dan seluruh warga Institut Latihan Perindustrian Sandakan mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih di atas segala jasa serta pengorbanan dari beliau sepanjang perkhidmatan di institut. Semoga beliau akan terus cemerlang dan menabur jasa di masa hadapan.
Terima kasih Ts. Hj. Mohd Raris! 😊
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2.0
#SKilIS4AII
#ilpsandakan